SPR sengaja pilih hari bekerja tarikh pilihan raya

Posted on August 6, 2008. Filed under: Pilihan Raya, SPR | Tags: , , , , , , |

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa berniat jahat kerana menetapkan hari bekerja, Selasa 26 Ogos sebagai tarikh pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar semasa mengulas pengumuman SPR hari ini berhubung tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Menurut Mahfuz, tindakan SPR ini sekali lagi mencetus kebimbangan kepada semua pihak terutamanya pengundi berdaftar di Permatang Pauh yang rata-ratanya golongan pekerja.

“Saya bimbang ini satu lagi taktik untuk mengurangkan peratusan keluar mengundi dalam agenda Umno-BN memastikan undi kepada Pakatan Rakyat berkurangan sekaligus boleh dijadikan bahan kononnya sokongan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkurangan,” katanya.

Beliau mempertikai tindakan SPR itu yang baginya satu sejarah sejak sekian lama pilihan raya umum dan kecil diadakan.

Ujarnya lagi, penetapan tarikh pembuangan undi itu hanya akan menyusahkan pengundi yang duduk di Permatang Pauh tetapi bekerja di Butterworth; Georgetown atau Balik Pulau.

“Jika mereka (pengundi yang bekerja di bahagian pulau) tidak mendapat cuti, bagaimana mereka hendak membuang undi dengan hanya pulang pada waktu rehat yang hanya ada masa satu jam untuk menunaikan kewajiban mereka sedangkan perjalanan dari bahagian pulau ke Permatang Pauh mengambil masa yang lama,” ujarnya. – Harakahdaily


Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Recently on Parlimen Permatang Pauh | Anwar Ibrahim...

Permatang Pauh kerusi tradisi Anwar

Posted on August 6, 2008. Filed under: Pilihan Raya, anwar ibrahim | Tags: , , , , , |

SPR umum pilihan raya, kerajaan BN umum Anwar didakwa

Posted on August 6, 2008. Filed under: Pilihan Raya | Tags: , , , , , , , |

Pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos – Malaysiakini

Posted on August 6, 2008. Filed under: Pilihan Raya, SPR | Tags: , , , , |

Permatang Pauh: Reaksi pemimpin Umno/BN

Posted on August 6, 2008. Filed under: Uncategorized |

Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh untuk Anwar

Posted on August 6, 2008. Filed under: Pakatan Rakyat, Pilihan Raya | Tags: , , , |

    About

    Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh | Info – Berita – Isu – Anwar Ibrahim | Pakatan Rakyat

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS
    • Subscribe in Rojo

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...